GelangganG PercaturaN AkaL
In the Name of Allah, the Compassionate, the Merciful O mankind! Indeed, We have created you male and female, and have made you nations and tribes that you may know one another. Indeed, the noblest of you, in the sight of Allah, is the best in conduct. Indeed, Allah is Knower, Aware.
(Al- Quran, 49:13)
Inilah aku..doakan impian menjadi seorang peguam tercapai suatu hari nanti~
kami bertiga bersama Sijil Pengesahan tamat Latihan Industri 1

emy,jannah,dila,raiha,Mr Daud,Dr. Ruzman, aku dan Naufal

Inilah keluarga aku ketika di Brunei..we love them so much~

warga SH ketika bergambar di Penjara, Jerudung

aku melaksanakan kerja-kerja opis :)

di firma guaman Sankaran Halim Advocates & Solicitors

aku menandatangani kehadiran aku di Malaysian High Commission

Inilah rumah uncle Yusof, selesa dan besar..syukran jazakallah uncle..

emy, abg shahray dan aku di Mahkamah Syariah Kuala Belait
Salam..
Alhamdulillah, aku dah berjaya menjalani latihan indstri 1 di sebuah firma guaman terkemuka di Brunei Darussalam.
Latihan Industri ini bermula pada 15 Mei - 26 Jun 2010. Kami pergi seramai 6 orang iaitu aku, jannah dan emy di firma guaman SH manakala naufal, raiha dan dila di firma guaman Daud Company.
Kami telah diberi duit poket sebanyak RM1000 oleh CITRA UM...(Terima kasih CITRA) dan juga tambang Air Asia pergi dan balik.
Terima kasih juga pada Pengarah CITRA Prof Madya Dr. Stefanie Pillai yang meluluskan semua perbelanjaan kami.
Juga kepada Dr Siti Zubaidah Ismail selaku pensyarah yang membimbing kami dan juga Dr Ruzman selaku pensyarah yang menyelia kami selama 2 hari di Brunei.
Saya secara individunya mengucapkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada Uncle Yusof Halim dan Aunty Intan yang sudi menumpangkan kami di banglonya.
Juga sekalung penghargaan kepada Abang Shahray Zulkifli selaku Peguam Syarie yang banyak mengajar kami tentang prosedur guaman dan hal-hal di mahkamah. Beliau juga merangkap abang kami di sana. Anak kepada seniwati Dato' Sarimah ini begitu mesra dan melayan kami dengan baik sekali. Tidak dilupakan pada kak Ain (isteri beliau) dan juga anak-anaknya yang comel, Yayan (penyokong Fernando Torres), Yani (nak jadi seorang Doktor) dan Mila (mila nak jadi biasa-biasa aja) Kenangan di Kampung Air dan Muzium Brunei menyimpan seribu satu kenangan selamanya.
Setinggi penghargaan juga kepada rakan-rakan Aunty Intan iaitu Aunty Zub, Aunty Hajah Kiah yang banyak membantu dan shopping bersama kami di sana..berjalan ke Limbang, Miri, Kota Kinabalu , Empire Hotel...pengalaman yang tak dapat dilupakan~
Juga setinggi penghargaan kepada Kak Zaiton (diva Brunei) yang sungguh periang. Kredibilitnya terserlah apabila beliau dilantik sebagai 'liaison officer' di firma kerana kepetahan dan PR yang baik dengan client. Kak Zaiton mempunyai 3 orang anak dan fasih berbahasa Inggeris. Banyak perkara yang kami tidak tahu akan merujuk dan meminta tolongnya.. Kenangan terakhir di rumahnya ketika majlis makan mee sup (buatan kak nelly) dan karoeke sungguh mengasyikkan. Dalam kehebatan beliau, Kak Zaiton ini juga seorang yang kreatif dan halus seni lukisnya. Kalau pergi rumahnya, tak tutup mata dibuatnya melihat hiasan susunan perabot dan lukisan yang begitu ideal dengan dirinya...Kak Zaiton juga pandai mengaji dan menyanyi kerana beliau mempunyai suara yang lunak dan merdu.
Jutaan terima kasih juga kepada semua staff Sankaran Halim Advocates & Solicitors iaitu Unit RTA , Zimah, Haji Jun (walaupun sudah tua tapi tetap bergaya), Liyana, Kak Yati...Tidak dilupakan juga Unit Syariah yang banyak tolong kami iaitu Kak Nelly (terima kasih banyak-banyak tolong photostatkan macam2, jasamu dikenang), Rose (mekasih yer rose, tersemat di dalam memori..hehe), dan juga Adi (tq adi bagi aku rambut yang sungguh menawan)..haha..
Juga kepada Kak Supiah dan Peguam Syarie yang sungguh kelakar iaitu Kak Dayangku Marfadzillah Amal Rasyidah...Thanks sume :) Jasamu akan dikenang sampai bila-bila~
Sorotan gambar-gambar di sana~
Bersama keluarga Abg Shahray di Kampung Air, Brunei (atas perahu)
Bersama rakan-rakan opis SH(Dari kiri : liyana,kak yati,jannah,rose,kak nelly,emy,kak dayangku,zimah)
aku bersama Mr.Yusof ke mahkamah sivil bagi mendengar 'cross-examination' kes Death in Custody
0 comments:
Post a Comment