blog ni akan di update x lama lg..sabar yerk..sy sgt kebizian skrg..byk isu n perkara akan dikongsi bersama kalian semua..sabar yer..antara isu yang akan dimuatkan dlm blog ni :-
1-pilihan raya kampus : apa isu kambing hitam?
2-pert.memasak bubur asyura : 10th college, tahniah!
3-2nd batch JSU : Apa yang x kena?
4-debat IKIM dan ASTAR : Debaran kian terasa!
5-team manifestasi Puisi, FESENI : dah mengorak langkah
6-Frenster 12 : gud job!
GelangganG PercaturaN AkaL
In the Name of Allah, the Compassionate, the Merciful O mankind! Indeed, We have created you male and female, and have made you nations and tribes that you may know one another. Indeed, the noblest of you, in the sight of Allah, is the best in conduct. Indeed, Allah is Knower, Aware.
(Al- Quran, 49:13)
(Al- Quran, 49:13)
Friday, February 5, 2010
Thursday, January 14, 2010
sAmbutAN uLANGtAHUN kELAHIRan KE-22 (2010)

Anda Dijemput Ke:
Majlis Hari Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke -22
Mohamad Asri Ab Jani : 20 Januari 2010
Tempat : Mid Valley Megamall (sesi 1) 23/1
: The Summit, USJ (sesi 2)22/1
: Palace of the Golden Room A202 (sesi 3)24/1
-Nantikan Kemunculannya-
-Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian-
Friday, January 8, 2010
Pertandingan Bubur Asyura KK-12 datang lagi!!!
kepada yang berminat untuk menyertai Pertandingan Bubur Asyura 2010...
Penyertaan telah dibuka tetapi surat akan di hantar kepada setiap fakulti dan kolej kediaman UM..
Permohonan secara on-line akan dimaklumkan kemudian..
Tuesday, December 29, 2009
Pertandingan Mahkamah Mut Syariah Kebangsaan 2009 (mooting)

hafiz,aku
assalamualaikum...
Pertandingan Mut Mahkamah Syariah Kebangsaan 2009..
emy,kak zahidah,naufal,aku
no.5 pasukan terbaik...dan aku no.9 ranking best mooters..
kontinjen UM
sebenarnya keputusan di atas hanyalah mainan penganjur..tapi tidak mengapalah...langkah pertama dan masih awal..
masa menang kes ..huhu
banyak benda lagi aku perlu belajar..
tapi pengalaman berhujah di hadapan "yang betul-betul seorang hakim" adalah pengalaman yang terlalu istimewa...
assalamualaikum...
Pertandingan Mut Mahkamah Syariah Kebangsaan 2009..
emy,kak zahidah,naufal,akuno.5 pasukan terbaik...dan aku no.9 ranking best mooters..
kontinjen UMsebenarnya keputusan di atas hanyalah mainan penganjur..tapi tidak mengapalah...langkah pertama dan masih awal..
masa menang kes ..huhubanyak benda lagi aku perlu belajar..
tapi pengalaman berhujah di hadapan "yang betul-betul seorang hakim" adalah pengalaman yang terlalu istimewa...
syabas dan syukran kepada semua yang membantu..jumpa 2010!
Saturday, December 19, 2009
DeBat Diraja 2009 ~ pentas pertama aku<>
assalammualaikum..
akhirnya terbuka hati nak tulis dalam blog ni..selama ni aku sibuk baca blog orang lain jer..
Nak cerite apa???
erm..aku nak cerite pasal Pertandingan Debat Piala Diraja yang bertarikh 3-8 Disember 2009 bertempat di Universiti Malaya..
Ok ke UM jadi tuan rumah???
UM jadi tuan rumah bagi pertandingan berprestij ni..ibarat macam senior nak perkenalkan junior debat mereka..macam tu laa...
Penganjuran yang agak teruk ..aku dengar dari keluhan orang laa...tp apa yang teruk, aku x tahu...
Debat Bahasa Melayu di Fakulti Sains, Bahasa Inggeris di Fakulti Bahasa dan Bahasa Arab di Fakulti Undang-Undang..
Ermm..ni pertama kali aku terlibat dan mewakili UM dalam pertandingan Debat antara IPTA di Malaysia..
Harapan???
aku tak meletakkan harapan yang tinggi kerana ni pentas pertama dan banyak lagi aku perlu belajar..
Posisi ??
sepanjang latihan, aku di letakkan pada yang kedua...maksudnya TPM atau TKP...kerana katanya aku pandai bercerita..
namun,di saat-saat pertandingan hampir tiba..aku diletakkan pada posisi M3/p3...ni keputusan jurulatih dan aku mesti lakukan yang terbaik!
aku wakil UM dalam team Muda 1.
hasilnya??
alhamdulillah...tp aku masih byk perlu belajar dan mempunyai idea yang lebih kritis (critical thinking)
jumpa team dari IPT mana?
seperti aku katakan tadi,ni pentas pertama..jadi aku x kenal lawan aku..aku redah jer.seperti biasa ada 6 match peringkat saringan..
hari pertama, kami kalah ketiga2 match..
hari kedua, kami menang ketiga2 match..3 menang dan 3 kalah...okla..balance
.1st, jmpe UTP Utama 1 dengan usul "1 MALAYSIA SIMBOL POLITIK..team tu diketuai Junnyaruin..memang mantap diorang..dan penah juara debat arkib..kami tewas selaku kerajaan dengan margin 4
team kedua, kami bertemu UIAM Utama 2...aku x nk komen hakim n peserta..biarla kami pendam sebagai asam garam dunia debat tp keputusannya..kami kalah selaku pembangkang..dengan margin 3 dengan usul "PEMBANGUNAN SUKAN DI MALAYSIA TIDAK MENCUKUPI"
team ketiga, kami bertemu USIM Utama 2..kami tewas selaku pembangkang dengan margin 2.3 dengan usul "HITAM ITU MENAWAN"
sugul sangat perlawanan di hari pertama...
hari kedua..
team pertama, kami bertemu UTEM Utama 1...kami menang selaku kerajaan dengan margin 3..usul "PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO ADALAH PENAWAR"
team kedua, kami bertemu UPNM Utama 2..kami menang dengan margin 1..selaku kerajaan dengan usul "FAO PERLU TRANSFORMASI"
team ketiga, kami bertemu MMU Muda 1...inilah satu-satunya team yang selevel kami iaitu Muda/Junior...kami menang dengan margin 1..selaku pembangkang ..usul "KANAK-KANAK PERLU LEBIH BERMAIN"...
Hakim dalam pertandingan ini terlalu sikit..jadi mereka guna hakim supreme..iaitu hanya sorang jer hakim yang mengadili..ermm..entahlaa...
kedudukan keseluruhan ..kami tempat ke 48 dari 73 pasukan...
kedudukan team junior..kami tempat ke 20 dari 50 pasukan...
Pendapat peribadi??
alhamdulillah..aku sudah mula baca rentak debat ipt..insyaallah pada pertandingan akan datang..i know what should i do...
itu sahaja..:)

Monday, December 14, 2009
debat diraja n pert mut mahkamah syariah hanya kisah~
pertandingan debat diraja di UM 2009 dan pertandingan mahkamah mut syariah di USIM 2009 hnya kisah~....kisah indah~``.,,,,indah nama~~ nama kita~~kita juara~~~tq u ollz n sapa2 yg byk tlg aku...jmpe 2010..salam
Friday, November 20, 2009
Saufi Jelani : hak anda di sisi undang-undang
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
saya masukkan isu ini dalam 3 entry yang baru, sekiranya anda mambaca blog saya, maka bacalah ketiga-tiga entry ini supaya kita jelas tentang undang-undang.
Apakah remedi anda jika tangkapan atau tahanan itu menyalahi undang-undang?
1) tuntutan Sivil bagi mendapatkan gantirugi
Jika anda ditangkap secara yang menyalahi undang-undang anda boleh mendakwa polis kerana tangkapan salah dan menuntut ganti rugi
2) Writ Habeas Corpus
Seseorang yang ditahan secara menayalahi undang-undang boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan writ Habeas Corpus. Dengan mengeluarkan writ itu Mahkamah Tinggi boleh memerintahkan penyerahan orang yang ditahan dan menyiasat tentang sebab dia ditahan. Jika terdapat kewajaran undang-undang bagi tahanan itu, orang tahanan itu diperintahkan supaya dilepaskan.
Komen Penulis : tetapi adakah writ Habeas Corpus terpakai pada orang yang ditahan di bawah ISA (AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI)??
saya bawakan isu mengenai Saufi Jelani : Ini andaian saya dalam bentuk situasi tetapi kebenarannya pada tuan punya badan (illustrasi gambaran saya) :-
Pada pagi 19 November 2009, jam 10.30 pagi, Saufi telah ditangkap oleh polis kerana disyaki menconteng dinding APIUM.Dia telah dibawa ke balai polis dan dimasukkan ke dalam lokap polis. Saufi meminta polis supaya memberitahu abangnya tentang penangkapannya dan dia telah memberikan nombor telefon rumahnya. Polis kemudiannya menghubungi abangnya.
Abangnya tiba di balai polis kira-kira pukul 2.30 petang. Polis tidak membenarkan dia berjumpa dengan adiknya dan memberitahunya bahawa perkara itu masih di bawah siasatan polis. Polis seterusnya memberitahu dia bahawa adiknya itu akan dihadapkan ke mahkamah pada hari selasa kerana hari isnin ialah hari cuti umum dan mereka akan memohon perintah tahanan daripada Majistret.
Ini adalah gambaran saya..Kita lihat apa haknya ...
Apakah yang dimaksudkan dengan perintah tahanan??
Perintah tahanan ialah perintah yang dilakukan oleh Majistret di bawah s 117 Kanun Acara Jenayah. Ia memberi polis lebih banyak masa bagi menyiapkan penyiasatan mereka. Prosiding ini dijalankan di dalam kamar Majistret.
Berapa lamakah boleh Majistret memberikan perintah tahanan??
Majistret boleh memberikan perintah tahanan selama suatu tempoh sehingga 15 hari tetapi dia patut mempertimbangkan keseriusan kesalahan itu dan dalam setiap kesnya menentukan bilangan hari tahanan yang hendak diberikan. Undang-undang dalam bidang ini telah dipinda seperti berikut :-
Majistret yang di hadapannya tertuduh dihadapkan di bawah seksyen ini boleh, sama ada dia ada atau tidak bidang kuasa untuk membicarakan kes itu, memberi kuasa tahanan tertuduh dalam penjagaan itu seperti berikut :
a) jika kesalahan yang sedang disiasat itu boleh dihukum dengan hukuman penjara yang kurang daripada 14 belas hari, maka tahanan itu tidak boleh lebih daripada 4 hari atas permohonan pertama dan tidak boleh lebih daripada 3 hari atas permohonan kedua.
b) jika kesalahan yang sedang disiasat itu boleh dihukum dengan hukuman mati atau dengan hukuman penjara selama 14 tahun atau lebih maka tahanan itu tidak boleh daripada 7 hari atas permohonan pertama dan tidak boleh lebih daripada 7 hari atas permohonan kedua.
Bolehkah diberikan perwakilan undang-undang dalam prosiding tahanan?
Pada umumnya, orang tahanan mempunyai hak untuk diwakili oleh seorang peguam dalam prosiding tahanan di hadapan Majistret. Tetapi polis boleh membantah atas alasan bahawa apa-apa usaha untuk menajalankan hak itu akan mengakibatkan ganguan tak wajar terhadap perjalanan siasatan. Beban membukti itu terletak pada polis
p/s : lihat entry di bawah..saya ada nyatakan kenapa kadang-kadang polis tidak benarkan OKT jumpa peguam...
Apakah yang mesti anda buat apabila anda dihadapkan di hadapan Majistret untuk ditahan jika anda tidak membawa peguam bersama anda?
1) minta khidmat jurubahasa jika anda tidak memahami prosiding
2) pastikan anda memahami setiap soalan yang dikemukakan
3) Beritahu Majistret jika polis tidak memberitahu anda tentang sebab anda ditahan
4) Buat aduan kepada Majistret :
a) jika anda diancam, dipukul atau dipaksa oleh polis supaya menjawab apa-apa
soalan dan minta kebenaran untuk membuat laporan polis.
b) jika anda tidak diberikan makanan, minuman atau pakaian yang sepatutnya, dll.
5) Minta rawatan perubatan jika anda sakit atau cedera akibat dipukul
6) Beritahu Majistret bahawa anda mahu menghubungi peguam supaya mewakili anda
7) Minta tempoh tahanan yang lebih pendek dan berikan sebab bagi permintaan anda itu.
Bolehkah anda melawat OKT yang ditahan untuk penyiasatan polis??
Jika anda kawan atau sanak-saudara kepada OKT, anda boleh membuat permohonan kepada pegawai penyiasat atau pegawai atasannya, iaitu OC jenayah atau pegawai bertanggungjawab terhadap daerah polis. Adalah menjadi budi bicara polis sama ada handak memberikan akses kepada anda ataupun tidak. Polis boleh membenarkan anda untuk berjumpa dengan OKT jika penyiasatan sudah hampir selesai dan lawatan anda itu tidak akan menggangu kerja mereka.
Komen Penulis : dalam kes Saufi, kebenaran melawat memang tidak dibenarkan mengikut undang-undang sekiranya masih dalam tahanan siasatan polis dalam tempoh 24 jam selepas masa ditangkap (sila rujuk entry di bawah)..tetapi sekiranya hampir selesai dan tidak menganggu kerja polis, bolehlah rakan2 dan sanak-saudaranya melawat beliau.
Setakat ini sahaja saya menulis...3 entry yang dimuatkan mengenai isu ini..majulah kita dengan undang-undang...tidak salah untuk kita menulis tetapi biarlah jelas dalam peruntukan undang-undang.
Sekian terima kasih.

Subscribe to:
Posts (Atom)